Posts

Showing posts from 2018

Refleksi Kuliah Minggu Ke-12

Image
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari Rabu lalu, sebuah seminar telah dijalankan di Dewan Persidangan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Seminar tersebut adalah dengan tema Shahnon Ahmad dalam Kenangan. Terdapat beberapa pembentangan yang dijalankan dalam seminar tersebut, misalnya Refleksi Agama dalam Novel Detik-detik Diri di Daerah Daif, Revolusi yang Ditangguhkan: Uzlah dalam Pemikiran Kemuhasabahan dan Kesufisme. Kedua-dua pembentangan ini mempunyai daya tarikannya yang sendiri, terutama sekali pembentangan yang kedua, iaitu Revolusi yang Ditangguhkan: Uzlah dalam Pemikiran Kemuhasabahan dan Kesufisme. Menurut pembentang, iaitu Dr. Roslan bin Chin, uzlah bermaksud mengasingkan diri. Di dalam buku Revolusi yang Ditangguhkan, karya Shahnon Ahmad tersebut, salah satu faktor yang mendorong Shahnon Ahmad untuk beruzlah ialah selepas beliau terlibat dalam bidang politik. Ini kerana apabila beliau menceburkan diri di dalam bidang politik, beliau tidak begit...

Refleksi Kuliah Minggu Ke-11

Image
Seperti biasa, kuliah pada minggu ke-11 diadakan di Makmal Bahasa 1. Kuliah pada minggu tersebut dimulakan dengan bacaan Yasin untuk arwah Dr. Rahimah A. Hamid, iaitu salah seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia, yang pada ketika itu sedang sakit tenat. Selesai bacaan Yasin, Dr. Radiah memberikan penerangan berkenaan adab-adab menziarahi orang sakit. Adab-adab menziarahi orang sakit mempunyai beberapa persamaan dengan etika penyelidikan. Contohnya, kita perlu memberi salam sebelum menziarahi orang sakit. Begitu juga dalam menjalankan penyelidikan. Sebagai seorang penyelidik yang beretika, kita tidak boleh terjah begitu sahaja.  Sebaliknya, kita perlulah memberi salam (atau ucapan selamat sejahtera kepada bukan muslim) sebelum mendekati responden kita. Selain itu, seorang penyelidik juga mestilah meminta kebenaran dan persetujuan daripada responden sebelum menemu bual mereka. Begitu juga ketika kita menziarahi orang sakit. Dalam hal ini, kita perlulah meminta kebenaran terl...

Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Kesepuluh

Image
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari Rabu lalu, kuliah HMT411 untuk minggu kesepuluh telah diadakan di Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia. Kuliah tersebut dikendalikan oleh Dr. Radiah. Semua pelajar dikehendaki untuk berkumpul di bahagian yang bersebelahan dengan "Red Spot". Selepas semua pelajar berkumpul, Dr Radiah memberikan penjelasan tentang aktiviti yang akan dijalankan semasa waktu kuliah, iaitu setiap pelajar dikehendaki untuk mencari sebuah buku dan sebuah artikel mengenai kajian kualitatif. Menurut Dr. Radiah, artikel dan buku tersebut mestilah tidak berkaitan dengan bidang linguistik. Kemudian, pelajar dikehendaki untuk mengenalpasti etika penulisan dan etika penyelidikan yang dinyatakan di dalam buku dan artikel tersebut. Maklumat-maklumat yang diperolehi hendaklah dimuatkan di dalam sebuah padlet.  Berdasarkan buku dan artikel yang saya perolehi, saya mendapati bahawa terdapat beberapa etika penyelidikan dan etika penulisan...

Refleksi Kuliah Minggu Kelapan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah minggu kelapan berjalan seperti biasa di Makmal Bahasa 1 di Bangunan C24, Universiti Sains Malaysia. Seperti kuliah-kuliah pada minggu sebelumnya, kuliah pada hari tersebut dikendalikan oleh Dr Norsofiah. Kuliah pada minggu kelapan dimulakan dengan sebuah soalan kuiz. Para pelajar dikehendaki mengeluarkan telefon bimbit masing-masing dan melayari laman web MentiMeter untuk menjawab soalan kuiz tersebut. Soalan kuiz tersebut adalah seperti berikut: Adakah kajian rintis merupakan kajian utama? Selepas semua pelajar selesai menjawab soalan kuiz, Dr Norsofiah memaparkan jawapan para pelajar sambil menerangkan definisi kajian rintis yang sebenarnya. Dalam hal ini, kajian rintis ialah kajian yang dilakukan untuk melihat sama ada arahan yang diberikan kepada responden boleh difahami dengan baik atau sebaliknya. Seterusnya, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Semua pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing semasa...

Refleksi Kuliah dan Tugasan Kumpulan Minggu Ketujuh

Image
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Tiada kuliah berlangsung pada minggu ketujuh. Kuliah pada minggu ketujuh diganti dengan dua bentuk tugasan. Kedua-dua tugasan ini perlulah diselesaikan dalam kumpulan masing-masing.  Antara tugasan tersebut ialah menghasilkan sebuah video tentang cara-cara melakukan ujian ANOVA. Tugasan ini adalah antara tugasan yang paling mencabar setakat ini kerana saya dan ahli kumpulan saya tidak mempunyai pengalaman dalam melakukan ujian ANOVA. Oleh itu, kami telah merujuk sebuah laman web yang memberikan panduan tentang cara-cara melakukan ujian ANOVA dengan menggunakan SPSS. Ujian ANOVA mempunyai dua syarat yang utama, iaitu: i. Mesti terdapat dua jenis pemboleh ubah, iaitu pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar. ii.Pemboleh ubah tidak bersandar mesti terdiri daripada tiga kumpulan. Video ujian ANOVA ini dihasilkan dengan menggunakan perisian Camtasia Studio. Camtasia Studio diperlukan untuk merakam setiap pergerakan pada skrin...

Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Keenam

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari Rabu lalu, iaitu 17 Oktober 2018, kuliah HMT 411 (Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik) untuk minggu keenam telah berlangsung di Makmal Bahasa, C24, Universiti Sains Malaysia. Kuliah tersebut dikendalikan oleh Dr Norsofiah.  Aktiviti yang dijalankan semasa sesi kuliah tersebut ialah saya dan rakan-rakan dikehendaki untuk berbincang dalam kumpulan masing-masing mengenai kajian kami. Kami ditugaskan untuk menghasilkan borang latar belakang responden dan surat keizinan untuk temu bual. Setelah setiap kumpulan selesai menghasilkan borang dan surat keizinan tersebut, Dr Norsofiah mempertontonkan borang latar belakang reseponden yang dihasilkan oleh setiap kumpulan di hadapan kelas sambil memberikan ulasan tentang borang tersebut. Pada pandangan saya, ini merupakan suatu inisiatif yang begitu baik sekali kerana ia dapat memberi panduan kepada saya dan rakan-rakan dalam menyediakan borang latar belakang responden untuk kajian ...

Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Kelima

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Minggu ini merupakan minggu kelima kuliah HMT 411 (Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik) berlangsung. Kuliah HMT411 pada hari Rabu lalu (10 Oktober 2018) dikendalikan oleh Dr Norsofiah dan Dr Radiah. Dalam kuliah tersebut, saya dan rakan-rakan sekelas dikehendaki untuk membentangkan proposal kajian kami. Antara perkara yang perlu ada dalam proposal tersebut ialah penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, sorotan literatur, metodologi kajian, dan teori.  Majoriti kumpulan memilih untuk menggunakan kaedah soal selidik dalam kajian mereka. Walaubagaimanapun, menurut Dr Norsofiah dan Dr Radiah, kaedah tersebut sudah biasa digunakan dan agak kurang sesuai untuk digunakan dalam kajian kami. Oleh itu, Dr Norsofiah dan Dr Radiah menasihatkan kami untuk menggunakan kaedah rakaman. Selain itu, Dr Norsofiah dan Dr Radiah juga menegaskan bahawa pelajar dikehendaki untuk menyatakan nama pengasas teori yang dipilih, dan tahun teo...

Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Keempat

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Entri saya pada hari ini akan berkisarkan kuliah dan tutorial HMT411 (Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik) pada minggu keempat. Kuliah Minggu Keempat Topik utama yang dibincangkan dalam kuliah minggu keempat ialah Statistik Deskriptif. Menurut Dr Norsofiah, statistik mempunyai dua jenis, iaitu statistik inferensi dan statistik deksriptif. Statistik deskriptif ialah statistik yang berfungsi untuk menghuraikan ciri-ciri pembolehubah. Dalam statistik deksriptif, kita hanya boleh membuat kesimpulan tentang data numerikal, dan tidak boleh membuat generalisasi. Dalam statistik deskriptif, pengkaji dikehendaki mengira mod, min, median, dan sisihan piawai untuk menghasilkan laporan. Selain itu, Dr Norsofiah juga menjelaskan tentang jenis-jenis data. Dalam hal ini, data terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu data nominal, ordinal, skala sela, dan skala nisbah. Data nominal ialah data yang nilainya tidak mempunyai makna. Data ordinal pula ...

Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Ketiga

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini, saya akan berkongsi dengan para pembaca tentang perkara yang berlaku dalam kuliah dan tutorial HMT411 (Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik) pada minggu ketiga.  Kuliah Minggu Ketiga Oleh kerana saya tidak dapat hadir ke kuliah HMT411 pada minggu ketiga, jadi saya tidak dapat menceritakan secara terperinci perkara yang berlaku pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, rakan-rakan sekelas memaklumkan kepada saya bahawa mereka perlu menganalisis empat artikel yang berlainan dan membentangkannya di hadapan kelas. Contohnya, mereka perlu mengenalpasti  nama pengarang, tahun artikel tersebut diterbitkan, objektif, kaedah kajian, dapatan, dan kekurangan serta kelebihan artikel tersebut. Kemudian, Dr Norsofiah juga menjelaskan mengenai kajian literatur, dan menunjukkan kepada pelajar tentang cara-cara untuk menentukan 'research gap'. Tutorial Minggu Ketiga Tutorial pada minggu ketiga ini merupakan tutorial p...

Refleksi Kuliah Kedua

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.  Dalam entri kali ini, saya akan berkongsi dengan para pembaca mengenai kuliah kedua HMT411 (Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik) yang berlangsung pada hari Rabu lalu, iaitu 19 September 2018. Seperti biasa, kuliah tersebut berlangsung selama tiga jam, iaitu dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang. Kuliah dimulakan dengan sebuah kuiz atas talian yang disediakan oleh Dr Norsofiah dengan menggunakan aplikasi Quizlet. Soalan yang diajukan kepada saya dan rakan-rakan ialah, "Mengapa penyelidikan dijalankan?". Rata-rata pelajar menjawab bahawa penyelidikan perlu dijalankan untuk mengenalpasti masalah, mencari kebenaran, dan mencari bukti.  Selepas kuiz tersebut, Dr Norsofiah memberikan pula kuliah tentang "Penyelidikan”". Sebagaimana yang kita tahu, penyelidikan terbahagi kepada dua jenis, iaitu penyelidikan kualitatif dan penyelidikan kuantitatif. Menurut Dr Norsofiah, kedua-dua bentuk penyelidikan tersebut saling b...

Infografik Cerpen "Citra Mukhlisah" Oleh Nisah Haron

Image
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Untuk entri kali ini, saya akan memaparkan pula sebuah infografik yang telah saya sediakan untuk sebuah cerpen yang ditulis oleh Puan Nisah Haron, iaitu "Citra Mukhlisah". Cerpen tersebut boleh didapati di dalam Dewan Sastera keluaran Ogos 2006. Infografik di bawah menunjukkan antara elemen yang terkandung dalam cerpen tersebut, iaitu watak, latar, konflik, teknik, dan amanat atau pengajaran.

Infografik Artikel "Sastera Milik Kita" oleh Nisah Haron

Image
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Entri kali ini agak menarik kerana saya bakal meyajikan para pembaca sebuah infografik yang telah disediakan oleh saya sendiri dengan menggunakan aplikasi Canva . Infografik tersebut sebenarnya dicipta berdasarkan sebuah artikel yang ditulis oleh Puan Nisah Haron, iaitu "Sastera Milik Kita". Artikel tersebut boleh didapati di dalam Dewan Sastera, keluaran September 2003. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara yang dibincangkan dalam artikel tersebut, anda semua bolehlah merujuk infografik di bawah.

Refleksi Seminar Penulisan Ilmiah: Hari Kedua

Image
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Dalam entri hari ini, saya akan menceritakan perkara yang berlaku pada hari kedua seminar. Refleksi seminar pada hari pertama boleh didapati di sini . Pada hari kedua, saya dan rakan-rakan didedahkan pula dengan langkah-langkah untuk menghasilkan blog dengan menggunakan Google Site. Ini merupakan pengalaman baharu buat saya kerana saya tidak pernah menggunakan Google Site sebelum ini. Pada pendapat saya, Google Site ialah platform yang sangat mudah untuk digunakan, terutamanya untuk para individu yang belum pernah berkecimpung dalam dunia ’blogging’. Sebagai contoh, dengan menggunakan Google Site, kita boleh memuat naik video, peta, gambar, dan meletakkan pelbagai pautan yang kita ingini. Sebagaimana yang ditekankan oleh Dr Odi sebelum ini, setiap pelajar digalakkan mempunyai blog sendiri yang akan berfungsi sebagai portfolio apabila kita ingin memohon pekerjaan pada suatu hari nanti. Perkara ini sangat penting untuk mempromosikan diri...

Refleksi Seminar Penulisan Ilmiah: Hari Pertama

Image
Pada hari Sabtu lalu, iaitu bersamaan 15 September 2018, suatu seminar penulisan ilmiah telah diadakan di Makmal Bahasa 1, C24, Universiti Sains Malaysia (USM). Peserta seminar terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir yang bermajorkan bahasa Melayu. Sebagai salah seorang peserta seminar tersebut, saya akui bahawa saya telah mempelajari banyak perkara baharu, misalnya tentang cara menghasilkan penulisan bertaraf ilmiah dan cara memperoleh bahan rujukan yang berkualiti daripada internet. Seminar ini sebenarnya berlangsung selama dua hari berturut-turut. Dalam entri kali ini, saya akan memfokuskan kepada perkara yang berlaku pada hari pertama seminar sahaja. Pada hari pertama, seminar tersebut memfokuskan kepada cara menggunakan Mendeley untuk mencari bahan-bahan rujukan seperti artikel, jurnal, dan sebagainya daripada internet. Mendeley ialah program komputer yang menyediakan senarai rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku, bab dalam buku, artikel jurnal dan petikan daripa...

Refleksi Aktiviti Pengajaran-Pembelajaran Kuliah Pertama

Pada hari ini, kuliah pertama bagi kursus HMT 411 (Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik) telah diadakan di Makmal Bahasa 1, C24, Universiti Sains Malaysia (USM). Tenaga pengajar bagi kursus ini ialah Dr Radiah Yusoff dan Dr Norsofiah Abu Bakar. Kuliah yang berlangsung selama tiga jam tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa Al-Fatihah. Kemudian, ia disusuli oleh beberapa aktiviti lain yang disediakan oleh Dr Radiah dan Dr Norsofiah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa kuliah tersebut ialah kuiz atas talian. Soalan kuiz telah dibina berdasarkan Pengenalan Ringkas Ahli Keluarga HMT 411. Pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang mengandungi empat hingga lima orang ahli. Salah satu kepentingan aktiviti ini adalah untuk mengajar pelajar nilai kerjasama dalam kumpulan. Selain itu, ia juga memberi kesedaran kepada pelajar supaya peka dengan keadaan dan orang di sekeliling mereka. Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh hidup bersendirian, dan kadang kal...

Refleksi Rangka Kursus HMT 411

Entri ini berpandukan Rangka Kursus HMT 411 . Pada pendapat saya, rangka kursus tersebut telah dijelaskan dengan sangat menyeluruh sekali, iaitu meliputi sinopsis kursus, hasil pembelajaran, tujuan kursus, dan perancangan kursus.  Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah kursus ini memberi tumpuan kepada cara menulis cadangan penyelidikan untuk makalah ilmiah. Sebagai seorang pelajar yang bermajorkan Bahasa Melayu, saya merasakan perkara ini adalah sangat penting kerana ia dapat memberikan saya pendedahan tentang cara yang betul untuk menyediakan cadangan penyelidikan bertaraf ilmiah. Saya juga yakin bahawa pengalaman tersebut dapat saya gunakan di alam pekerjaan nanti. Selain itu, saya juga berpuas hati dengan cara pengendalian kursus ini kerana pelajar bukan sahaja didedahkan dengan teori semata-mata, tetapi mereka juga dikehendaki untuk mengaplikasikan teori tersebut dengan cara bersemuka dengan subjek atau responden. Perkara ini sudah tentu dapat membina keyaki...