Refleksi Kuliah Minggu Kelapan
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Kuliah minggu kelapan berjalan seperti biasa di Makmal Bahasa 1 di Bangunan C24, Universiti Sains Malaysia. Seperti kuliah-kuliah pada minggu sebelumnya, kuliah pada hari tersebut dikendalikan oleh Dr Norsofiah.
Kuliah pada minggu kelapan dimulakan dengan sebuah soalan kuiz. Para pelajar dikehendaki mengeluarkan telefon bimbit masing-masing dan melayari laman web MentiMeter untuk menjawab soalan kuiz tersebut. Soalan kuiz tersebut adalah seperti berikut: Adakah kajian rintis merupakan kajian utama? Selepas semua pelajar selesai menjawab soalan kuiz, Dr Norsofiah memaparkan jawapan para pelajar sambil menerangkan definisi kajian rintis yang sebenarnya. Dalam hal ini, kajian rintis ialah kajian yang dilakukan untuk melihat sama ada arahan yang diberikan kepada responden boleh difahami dengan baik atau sebaliknya.
Seterusnya, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Semua pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing semasa Dr Norsofiah menayangkan tiga buah video Stand-Up Comedy oleh tiga orang pelawak terkenal, iaitu Kevin Hart, Harith Iskander, dan Nabil Ahmad. Selepas ketiga-tiga buah video tersebut ditayangkan, setiap kumpulan dikehendaki untuk memberi markah kepada setiap pelawak tersebut di atas sehelai kerta. Markah-markah tersebut adalah berdasarkan kepada beberapa aspek, iaitu persembahan, intonasi, gaya penyampaian, interaksi dengan penonton, dan sebagainya. Kemudian setiap kumpulan akan menukar kertas yang mengandungi markah tersebut dengan kumpulan lain, dan memutuskan sama ada mereka setuju dengan markah yang diberikan oleh kumpulan tersebut. Tugasan ini sebenarnya dilakukan untuk melihat kebolehpercayaan sesuatu data. Semakin tinggi peratusan setuju, maka semakin tinggi kebolehpercayaan data tersebut.
Pada pandangan saya, tugasan yang dijalankan dalam kuliah minggu kelapan ini sememangnya sangat baik untuk melatih para pelajar menjadi seorang penyelidik yang berkredibiliti.
Pada pandangan saya, tugasan yang dijalankan dalam kuliah minggu kelapan ini sememangnya sangat baik untuk melatih para pelajar menjadi seorang penyelidik yang berkredibiliti.
Comments
Post a Comment