Refleksi Kuliah dan Tugasan Kumpulan Minggu Ketujuh

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Tiada kuliah berlangsung pada minggu ketujuh. Kuliah pada minggu ketujuh diganti dengan dua bentuk tugasan. Kedua-dua tugasan ini perlulah diselesaikan dalam kumpulan masing-masing. 

Antara tugasan tersebut ialah menghasilkan sebuah video tentang cara-cara melakukan ujian ANOVA. Tugasan ini adalah antara tugasan yang paling mencabar setakat ini kerana saya dan ahli kumpulan saya tidak mempunyai pengalaman dalam melakukan ujian ANOVA. Oleh itu, kami telah merujuk sebuah laman web yang memberikan panduan tentang cara-cara melakukan ujian ANOVA dengan menggunakan SPSS. Ujian ANOVA mempunyai dua syarat yang utama, iaitu:

i. Mesti terdapat dua jenis pemboleh ubah, iaitu pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar.
ii.Pemboleh ubah tidak bersandar mesti terdiri daripada tiga kumpulan.

Video ujian ANOVA ini dihasilkan dengan menggunakan perisian Camtasia Studio. Camtasia Studio diperlukan untuk merakam setiap pergerakan pada skrin komputer. Semasa kumpulan saya melakukan ujian ANOVA, kami menghadapi beberapa kesulitan dan persoalan. Oleh itu, saya dan ahli-ahli kumpulan saya mengambil keputusan untuk bertanya kepada Dr Norsofiah tentang masalah yang kami hadapi. Dengan penjelasan dan panduan dari Dr Norsofiah, kami akhirnya telah berjaya menghasilkan video ujian ANOVA. Berikut merupakan video ujian ANOVA yang telah dihasilkan oleh kumpulan saya:



Tugasan kedua pula ialah menemu bual seorang graduan PHD. Untuk tugasan ini, kami telah menemu bual Dr Zamri Yahya, iaitu seorang graduan PHD dalam bidang Kejuruteraan Bahan. Saya dan ahli-ahli kumpulan saya yang lain memperolehi pelbagai input yang menarik daripada temu bual ini. Contohnya, Dr Zamri Yahya menegaskan bahawa setiap orang sebenarnya mampu untuk menyambung pelajaran ke tahap PHD. Semuanya bergantung kepada keinginan masing-masing. Sekiranya kita benar-benar mahukan sesuatu, sudah tentu kita akan berjaya melakukannya. Berikut merupakan video temu bual tersebut:


Comments

Popular posts from this blog

Infografik Cerpen "Citra Mukhlisah" Oleh Nisah Haron

Refleksi Kuliah Minggu Ke-12

Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Kelima