Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Kesepuluh
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Pada hari Rabu lalu, kuliah HMT411 untuk minggu kesepuluh telah diadakan di Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia. Kuliah tersebut dikendalikan oleh Dr. Radiah. Semua pelajar dikehendaki untuk berkumpul di bahagian yang bersebelahan dengan "Red Spot". Selepas semua pelajar berkumpul, Dr Radiah memberikan penjelasan tentang aktiviti yang akan dijalankan semasa waktu kuliah, iaitu setiap pelajar dikehendaki untuk mencari sebuah buku dan sebuah artikel mengenai kajian kualitatif. Menurut Dr. Radiah, artikel dan buku tersebut mestilah tidak berkaitan dengan bidang linguistik. Kemudian, pelajar dikehendaki untuk mengenalpasti etika penulisan dan etika penyelidikan yang dinyatakan di dalam buku dan artikel tersebut. Maklumat-maklumat yang diperolehi hendaklah dimuatkan di dalam sebuah padlet.

Berdasarkan buku dan artikel yang saya perolehi, saya mendapati bahawa terdapat beberapa etika penyelidikan dan etika penulisan. Antaranya termasuklah penyelidik perlu meminta kebenaran daripada responden atau subjek yang ingin ditemubual, dan merahsiakan maklumat peribadi responden. Etika penulisan yang dikenalpasti pula ialah penulis dikehendaki untuk menyatakan sumber asal bahan yang diperoleh dengan jelas, dan tidak melakukan penciplakan.
Pada pandangan saya, aktiviti yang dijalankan semasa kuliah pada minggu kesepuluh ini sangat bermanfaat kepada setiap pelajar, terutamanya apabila mereka hendak menjalankan penyelidikan pada suatu hari kelak. Ini supaya pelajar dapat mengaplikasikan etika-etika penyelidikan dan penulisan dalam menjalankan kajian mereka. Selain itu, aktiviti ini juga penting untuk melahirkan penyelidik yang beretika, berkualiti, dan boleh dipercayai.
Pada hari berikutnya, iaitu Khamis, tutorial HMT411 pula diadakan di lokasi yang sama seperti hari sebelumnya, iaitu di Perpusatakaan Hamzah Sendut 1. Pada hari tersebut, sebuah pameran telah berlangsung, iaitu Projek Akhir Terjemahan oleh pelajar BATI. Dr Radiah menugaskan pelajar untuk menghasilkan sebuah padlet mengenai pameran tersebut. Menurut Dr Radiah, setiap pelajar haruslah kreatif dalam menghasilkan padlet masing-masing. Saya dan ahli kumpulan saya, iaitu Nur Azwa dan Nurul Najihah telah menghasilkan sebuah video temu bual. Dalam video tersebut, kami telah menemu bual salah seorang pelajar BATI yang menghasilkan karya terjemahan Keris Mas dalam bahasa Mandarin. Selain itu, kumpulan saya juga mengambil beberapa keping gambar, seperti poster pameran, buku, dan lain-lain. Kemudian, kami memuatnaik kesemua bahan-bahan ini ke dalam sebuah padlet. Klik sini untuk pergi ke padlet tersebut.
Antara gambar yang diambil semasa pameran berlangsung:
Antara gambar yang diambil semasa pameran berlangsung:
Karya Terjemahan Keris Mas dalam bahasa Mandarin |
Karya-karya Terjemahan yang Dihasilkan oleh Pelajar BATI |
Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan semasa kuliah dan tutorial pada minggu kesepuluh adalah sangat menarik. Saya berharap agar saya dapat menggunakan ilmu yang saya perolehi daripada kedua-dua aktiviti tersebut pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment