Refleksi Kuliah Minggu Ke-11

Seperti biasa, kuliah pada minggu ke-11 diadakan di Makmal Bahasa 1. Kuliah pada minggu tersebut dimulakan dengan bacaan Yasin untuk arwah Dr. Rahimah A. Hamid, iaitu salah seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia, yang pada ketika itu sedang sakit tenat. Selesai bacaan Yasin, Dr. Radiah memberikan penerangan berkenaan adab-adab menziarahi orang sakit. Adab-adab menziarahi orang sakit mempunyai beberapa persamaan dengan etika penyelidikan. Contohnya, kita perlu memberi salam sebelum menziarahi orang sakit. Begitu juga dalam menjalankan penyelidikan. Sebagai seorang penyelidik yang beretika, kita tidak boleh terjah begitu sahaja.  Sebaliknya, kita perlulah memberi salam (atau ucapan selamat sejahtera kepada bukan muslim) sebelum mendekati responden kita. Selain itu, seorang penyelidik juga mestilah meminta kebenaran dan persetujuan daripada responden sebelum menemu bual mereka. Begitu juga ketika kita menziarahi orang sakit. Dalam hal ini, kita perlulah meminta kebenaran terlebih dahulu daripada penjaga atau keluarga mereka sebelum melakukan sesuatu perkara kerana ia mungkin akan mendatangkan aib kepada si pesakit.

Pada hari tersebut juga, Dr Radiah menugaskan setiap kumpulan untuk menghasilkan sebuah padlet tentang etika penyelidikan atau etika penulisan. Saya dan ahli kumpulan saya memilih etika penyelidikan sebagai topik padlet kami. Berdasarkan buku yang kami rujuk, kami telah mendapati bahawa terdapat beberapa etika penyelidikan yang ditegaskan oleh penulis buku tersebut. Contohnya, meminta kebenaran dan persetujuan peserta kajian, menjaga hubungan dengan peserta kajian, dan memberi penghargaan kepada peserta kajian. Kemudian, kami telah menghasilkan sebuah infografik dengan berpandukan kepada isi-isi tersebut. Infografik yang dihasilkan oleh kumpulan saya adalah seperti berikut:


Comments

Popular posts from this blog

Infografik Cerpen "Citra Mukhlisah" Oleh Nisah Haron

Refleksi Kuliah Minggu Ke-12

Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Kelima