Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Kelima
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Minggu ini merupakan minggu kelima kuliah HMT 411 (Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik) berlangsung. Kuliah HMT411 pada hari Rabu lalu (10 Oktober 2018) dikendalikan oleh Dr Norsofiah dan Dr Radiah. Dalam kuliah tersebut, saya dan rakan-rakan sekelas dikehendaki untuk membentangkan proposal kajian kami. Antara perkara yang perlu ada dalam proposal tersebut ialah penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, sorotan literatur, metodologi kajian, dan teori.
Majoriti kumpulan memilih untuk menggunakan kaedah soal selidik dalam kajian mereka. Walaubagaimanapun, menurut Dr Norsofiah dan Dr Radiah, kaedah tersebut sudah biasa digunakan dan agak kurang sesuai untuk digunakan dalam kajian kami. Oleh itu, Dr Norsofiah dan Dr Radiah menasihatkan kami untuk menggunakan kaedah rakaman. Selain itu, Dr Norsofiah dan Dr Radiah juga menegaskan bahawa pelajar dikehendaki untuk menyatakan nama pengasas teori yang dipilih, dan tahun teori tersebut diasaskan. Selepas mendengar penasihatan dan penjelasan daripada kedua-dua orang Dr, kami menjadi semakin jelas tentang langkah yang perlu diambil seterusnya.
Keeseokan harinya, iaitu hari Khamis (11 Oktober 2018), tutorial HMT 411 pula diadakan di Makmal Komputer C20. Seperti minggu-minggu sebelumnya, tutorial pada minggu ini juga dikendalikan oleh Dr Norsofiah. Aktiviti tutorial pada minggu ini sangat menarik kerana saya dan rakan-rakan didedahkan dengan cara menggunakan software SPSS. Dr Norsofiah mengedarkan kertas yang mengandungi data kepada semua pelajar. Kemudian, pelajar dikehendaki untuk memindahkan data tersebut ke dalam SPSS. Pada pandangan saya, ini merupakan pengalaman yang sangat menarik sekali kerana saya belum pernah menggunakan SPSS. Saya juga mendapati bahawa kerja-kerja mengira dan memproses data menjadi lebih mudah dengan menggunakan software SPSS.
Comments
Post a Comment