Refleksi Seminar Penulisan Ilmiah: Hari Kedua
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.
Dalam entri hari ini, saya akan menceritakan perkara yang berlaku pada hari kedua seminar. Refleksi seminar pada hari pertama boleh didapati di sini.
Pada hari kedua, saya dan rakan-rakan didedahkan pula dengan langkah-langkah untuk menghasilkan blog dengan menggunakan Google Site. Ini merupakan pengalaman baharu buat saya kerana saya tidak pernah menggunakan Google Site sebelum ini. Pada pendapat saya, Google Site ialah platform yang sangat mudah untuk digunakan, terutamanya untuk para individu yang belum pernah berkecimpung dalam dunia ’blogging’. Sebagai contoh, dengan menggunakan Google Site, kita boleh memuat naik video, peta, gambar, dan meletakkan pelbagai pautan yang kita ingini. Sebagaimana yang ditekankan oleh Dr Odi sebelum ini, setiap pelajar digalakkan mempunyai blog sendiri yang akan berfungsi sebagai portfolio apabila kita ingin memohon pekerjaan pada suatu hari nanti. Perkara ini sangat penting untuk mempromosikan diri kita kepada majikan. Tambahan lagi, pada hari ini persaingan untuk mendapatkan pekerjaan adalah amat sengit. Oleh itu, dengan mempunyai blog, kita akan mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh pemohon-pemohon kerja yang lain.

Selain itu, saya dan rakan-rakan juga diberikan pendedahan tentang cara-cara menyunting, atau membetulkan kesalahan tatabahasa dalam penulisan. Ini merupakan latihan awal untuk pelajar yang bakal berkecimpung dalam bidang penyuntingan. Antara maklumat yang saya perolehi dari sesi ini adalah tentang cara menggunakan tanda pruf. Saya berharap agar saya dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kerjaya saya suatu hari nanti.
Hari Kedua Seminar Penulisan Ilmiah |
Comments
Post a Comment