Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Ketiga

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Pada hari ini, saya akan berkongsi dengan para pembaca tentang perkara yang berlaku dalam kuliah dan tutorial HMT411 (Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik) pada minggu ketiga. 

Kuliah Minggu Ketiga

Oleh kerana saya tidak dapat hadir ke kuliah HMT411 pada minggu ketiga, jadi saya tidak dapat menceritakan secara terperinci perkara yang berlaku pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, rakan-rakan sekelas memaklumkan kepada saya bahawa mereka perlu menganalisis empat artikel yang berlainan dan membentangkannya di hadapan kelas. Contohnya, mereka perlu mengenalpasti  nama pengarang, tahun artikel tersebut diterbitkan, objektif, kaedah kajian, dapatan, dan kekurangan serta kelebihan artikel tersebut. Kemudian, Dr Norsofiah juga menjelaskan mengenai kajian literatur, dan menunjukkan kepada pelajar tentang cara-cara untuk menentukan 'research gap'.

Tutorial Minggu Ketiga

Tutorial pada minggu ketiga ini merupakan tutorial pertama untuk kursus HMT411. Tutorial tersebut dijalankan di Makmal Komputer di bangunan C20, Universiti Sains Malaysia (USM). Setiap pelajar dikehendaki untuk menggunakan komputer yang terdapat di makmal tersebut. Aktiviti yang dijalankan semasa tutorial tersebut ialah menjawab kuiz atas talian yang disediakan oleh Dr Norsofiah. Soalan-soalan kuiz adalah berdasarkan pendekatan kajian kuantitatif. Selepas semua pelajar selesai menjawab kuiz tersebut, Dr Norsofiah memaparkan jawapan setiap pelajar di hadapan kelas sambil memberikan penerangan tentang setiap pendekatan kuantitatif, iaitu eksperimen, kuasi eksperimen, kajian rentas, dan kajian longitudinal. Pada pandangan saya, aktiviti sebegini sangat menarik dan dapat menguji kefahaman setiap pelajar tentang sesuatu topik.

Comments

Popular posts from this blog

Infografik Cerpen "Citra Mukhlisah" Oleh Nisah Haron

Refleksi Kuliah Minggu Ke-12

Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Kelima