Refleksi Rangka Kursus HMT 411

Entri ini berpandukan Rangka Kursus HMT 411. Pada pendapat saya, rangka kursus tersebut telah dijelaskan dengan sangat menyeluruh sekali, iaitu meliputi sinopsis kursus, hasil pembelajaran, tujuan kursus, dan perancangan kursus. 

Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah kursus ini memberi tumpuan kepada cara menulis cadangan penyelidikan untuk makalah ilmiah. Sebagai seorang pelajar yang bermajorkan Bahasa Melayu, saya merasakan perkara ini adalah sangat penting kerana ia dapat memberikan saya pendedahan tentang cara yang betul untuk menyediakan cadangan penyelidikan bertaraf ilmiah. Saya juga yakin bahawa pengalaman tersebut dapat saya gunakan di alam pekerjaan nanti.

Selain itu, saya juga berpuas hati dengan cara pengendalian kursus ini kerana pelajar bukan sahaja didedahkan dengan teori semata-mata, tetapi mereka juga dikehendaki untuk mengaplikasikan teori tersebut dengan cara bersemuka dengan subjek atau responden. Perkara ini sudah tentu dapat membina keyakinan diri pelajar untuk bertutur di hadapan orang ramai.

Di samping itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kelas juga sangat menarik. Antara aktiviti tersebut ialah kuiz atas talian, menyediakan infografik, dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti sebegini bukan sahaja dapat menjadikan pelajar lebih berminat untuk mengikuti kursus ini, tetapi ia juga dapat merapatkan silaturrahim antara pelajar.

Kesimpulannya, saya berharap supaya kursus HMT 411 dikekalkan kerana ia sememangnya sangat bermafaat untuk pelajar-pelajar yang bermajorkan Bahasa Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

Infografik Cerpen "Citra Mukhlisah" Oleh Nisah Haron

Refleksi Kuliah Minggu Ke-12

Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Kelima