Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Ketiga
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini, saya akan berkongsi dengan para pembaca tentang perkara yang berlaku dalam kuliah dan tutorial HMT411 (Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik) pada minggu ketiga. Kuliah Minggu Ketiga Oleh kerana saya tidak dapat hadir ke kuliah HMT411 pada minggu ketiga, jadi saya tidak dapat menceritakan secara terperinci perkara yang berlaku pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, rakan-rakan sekelas memaklumkan kepada saya bahawa mereka perlu menganalisis empat artikel yang berlainan dan membentangkannya di hadapan kelas. Contohnya, mereka perlu mengenalpasti nama pengarang, tahun artikel tersebut diterbitkan, objektif, kaedah kajian, dapatan, dan kekurangan serta kelebihan artikel tersebut. Kemudian, Dr Norsofiah juga menjelaskan mengenai kajian literatur, dan menunjukkan kepada pelajar tentang cara-cara untuk menentukan 'research gap'. Tutorial Minggu Ketiga Tutorial pada minggu ketiga ini merupakan tutorial p...