Posts

Showing posts from November, 2018

Refleksi Kuliah Minggu Ke-12

Image
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari Rabu lalu, sebuah seminar telah dijalankan di Dewan Persidangan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Seminar tersebut adalah dengan tema Shahnon Ahmad dalam Kenangan. Terdapat beberapa pembentangan yang dijalankan dalam seminar tersebut, misalnya Refleksi Agama dalam Novel Detik-detik Diri di Daerah Daif, Revolusi yang Ditangguhkan: Uzlah dalam Pemikiran Kemuhasabahan dan Kesufisme. Kedua-dua pembentangan ini mempunyai daya tarikannya yang sendiri, terutama sekali pembentangan yang kedua, iaitu Revolusi yang Ditangguhkan: Uzlah dalam Pemikiran Kemuhasabahan dan Kesufisme. Menurut pembentang, iaitu Dr. Roslan bin Chin, uzlah bermaksud mengasingkan diri. Di dalam buku Revolusi yang Ditangguhkan, karya Shahnon Ahmad tersebut, salah satu faktor yang mendorong Shahnon Ahmad untuk beruzlah ialah selepas beliau terlibat dalam bidang politik. Ini kerana apabila beliau menceburkan diri di dalam bidang politik, beliau tidak begit...

Refleksi Kuliah Minggu Ke-11

Image
Seperti biasa, kuliah pada minggu ke-11 diadakan di Makmal Bahasa 1. Kuliah pada minggu tersebut dimulakan dengan bacaan Yasin untuk arwah Dr. Rahimah A. Hamid, iaitu salah seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia, yang pada ketika itu sedang sakit tenat. Selesai bacaan Yasin, Dr. Radiah memberikan penerangan berkenaan adab-adab menziarahi orang sakit. Adab-adab menziarahi orang sakit mempunyai beberapa persamaan dengan etika penyelidikan. Contohnya, kita perlu memberi salam sebelum menziarahi orang sakit. Begitu juga dalam menjalankan penyelidikan. Sebagai seorang penyelidik yang beretika, kita tidak boleh terjah begitu sahaja.  Sebaliknya, kita perlulah memberi salam (atau ucapan selamat sejahtera kepada bukan muslim) sebelum mendekati responden kita. Selain itu, seorang penyelidik juga mestilah meminta kebenaran dan persetujuan daripada responden sebelum menemu bual mereka. Begitu juga ketika kita menziarahi orang sakit. Dalam hal ini, kita perlulah meminta kebenaran terl...

Refleksi Kuliah dan Tutorial Minggu Kesepuluh

Image
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari Rabu lalu, kuliah HMT411 untuk minggu kesepuluh telah diadakan di Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia. Kuliah tersebut dikendalikan oleh Dr. Radiah. Semua pelajar dikehendaki untuk berkumpul di bahagian yang bersebelahan dengan "Red Spot". Selepas semua pelajar berkumpul, Dr Radiah memberikan penjelasan tentang aktiviti yang akan dijalankan semasa waktu kuliah, iaitu setiap pelajar dikehendaki untuk mencari sebuah buku dan sebuah artikel mengenai kajian kualitatif. Menurut Dr. Radiah, artikel dan buku tersebut mestilah tidak berkaitan dengan bidang linguistik. Kemudian, pelajar dikehendaki untuk mengenalpasti etika penulisan dan etika penyelidikan yang dinyatakan di dalam buku dan artikel tersebut. Maklumat-maklumat yang diperolehi hendaklah dimuatkan di dalam sebuah padlet.  Berdasarkan buku dan artikel yang saya perolehi, saya mendapati bahawa terdapat beberapa etika penyelidikan dan etika penulisan...

Refleksi Kuliah Minggu Kelapan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah minggu kelapan berjalan seperti biasa di Makmal Bahasa 1 di Bangunan C24, Universiti Sains Malaysia. Seperti kuliah-kuliah pada minggu sebelumnya, kuliah pada hari tersebut dikendalikan oleh Dr Norsofiah. Kuliah pada minggu kelapan dimulakan dengan sebuah soalan kuiz. Para pelajar dikehendaki mengeluarkan telefon bimbit masing-masing dan melayari laman web MentiMeter untuk menjawab soalan kuiz tersebut. Soalan kuiz tersebut adalah seperti berikut: Adakah kajian rintis merupakan kajian utama? Selepas semua pelajar selesai menjawab soalan kuiz, Dr Norsofiah memaparkan jawapan para pelajar sambil menerangkan definisi kajian rintis yang sebenarnya. Dalam hal ini, kajian rintis ialah kajian yang dilakukan untuk melihat sama ada arahan yang diberikan kepada responden boleh difahami dengan baik atau sebaliknya. Seterusnya, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Semua pelajar dikehendaki berada dalam kumpulan masing-masing semasa...

Refleksi Kuliah dan Tugasan Kumpulan Minggu Ketujuh

Image
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Tiada kuliah berlangsung pada minggu ketujuh. Kuliah pada minggu ketujuh diganti dengan dua bentuk tugasan. Kedua-dua tugasan ini perlulah diselesaikan dalam kumpulan masing-masing.  Antara tugasan tersebut ialah menghasilkan sebuah video tentang cara-cara melakukan ujian ANOVA. Tugasan ini adalah antara tugasan yang paling mencabar setakat ini kerana saya dan ahli kumpulan saya tidak mempunyai pengalaman dalam melakukan ujian ANOVA. Oleh itu, kami telah merujuk sebuah laman web yang memberikan panduan tentang cara-cara melakukan ujian ANOVA dengan menggunakan SPSS. Ujian ANOVA mempunyai dua syarat yang utama, iaitu: i. Mesti terdapat dua jenis pemboleh ubah, iaitu pemboleh ubah bersandar dan tidak bersandar. ii.Pemboleh ubah tidak bersandar mesti terdiri daripada tiga kumpulan. Video ujian ANOVA ini dihasilkan dengan menggunakan perisian Camtasia Studio. Camtasia Studio diperlukan untuk merakam setiap pergerakan pada skrin...